Wednesday, November 20, 2013

GANTUNG SAMPAI MATI!!!! Tiada Pengakuan Direkodkan!!




Pengawal keselamatan Laode Ardi Rasila dijatuhkan hukuman gantung sampai mati apabila didapati bersalah membunuh dengan niat pegawai operasi AmBank, Norazita Abu Talib dengan menembak muka mangsa sehingga mendatangkan kematian.

Pengawal keselamatan Laode Ardi Rasila, 35, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, atas pertuduhan membunuh pegawai AmBank, Norazita Abu Talib.

Laode yang dibawa masuk pada jam 10.45 pagi kelihatan tenang ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret K.B Elena Hong Tze Lam.

Bagi pertuduhan pertama, Laode didakwa membunuh Norazita di Bangunan AmBank, Jalan USJ Sentral, Subang Jaya, antara jam 6 petang hingga jam 6.30 petang, pada 23 Oktober 2013.

Bagi perbuatan itu dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati.

Manakala bagi pertuduhan kedua, Laode didakwa melakukan kesalahan merompak dengan menggunakan senjata ‘pump gun’ dengan niat menyebabkan kematian Norazita, di tempat dan waktu yang sama.

Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Tiada pengakuan direkodkan dan kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Shah Alam serta merta.

Monday, November 18, 2013

PELAJAR CEMERLANG AKADEMIK Projek dengan pakwe di rumah nenek


Sekadar hiasan.
Dirogol dalam Rumah Nenek

[SH] SETIU – Seorang pelajar tingkatan satu dirogol teman lelaki yang dikenalinya melalui laman sosial Facebook di dalam bilik tidur rumah neneknya di Kampung Bintang, di sini, awal pagi semalam. Pelajar cemerlang sebuah sekolah menengah di Besut itu dikatakan dirogol sebanyak dua kali oleh kekasihnya itu yang dikenalinya baru sebulan.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Ab Rahman Raja Mohamed berkata, suspek berusia 15 tahun yang merupakan pelatih sebuah pusat latihan kemahiran telah datang ke rumah mangsa pada jam 12 tengah malam Khamis lalu dan mereka didakwa tidur bersama.

“Mangsa dan suspek dikatakan telah melakukan seks sebanyak dua kali iaitu pada jam 1 pagi dan 6.30 pagi Jumaat di dalam bilik tidur mangsa tanpa disedari ahli keluarganya,” katanya.

Ab Rahman berkata, perbuatan suspek bagaimanapun terbongkar apabila adik perempuan mangsa yang berumur 7 tahun masuk ke dalam bilik kira-kira jam 2 petang hari sama dan ternampak ada lelaki di dalam bilik.

Katanya, adik mangsa bertindak memberitahu bapa saudara mangsa yang kemudian memeriksa bilik berkenaan.

“Terkejut dengan kehadiran bapa saudara kekasihnya, suspek yang berasal dari Besut itu cuba melarikan diri namun berjaya ditangkap oleh bapa saudara mangsa sebelum diserahkan kepada polis,” katanya.

Mangsa tinggal bersama neneknya di rumah berkenaan manakala ibu bapanya bekerja di daerah lain.

Suspek ditahan reman untuk membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol. - 19/11/13


P/s: Cerdik akademik tidak semestinya cerdik sahsiah.

Kah Kah semua kena tipu dgn Mohd Izzat



[mSTAR] JOHOR BAHRU: Budak lelaki berusia 16 tahun yang dilaporkan hilang selepas memasuki Villa Nabila, sebuah banglo yang terbiar di sini dan disenaraikan sebagai salah sebuah dari lima tempat paling menyeramkan di negara ini, telah dijumpai.

Mohamad Izzat Izzudin Hussin, dikatakan telah berada di rumah seorang kawannya di Bandar Dato Onn, di sini.

Ibunya Norhayati Mohamad, 39, berkata, polis memaklumkan kepada beliau bahawa anaknya telah ditemui sekitar pukul 2 pagi Selasa.

"Saya lega kerana saya benar-benar percaya bahawa makhluk halus telah mengambil anak saya," katanya ketika dihubungi.

Norhayati berkata, beliau berjaya bercakap dengan anaknya secara ringkas dan anaknya memberitahu bahawa dia telah terlupa untuk memberitahu ibunya di mana dia berada.

"Dia tidak pernah hilang seperti ini sebelum ini, sekarang saya hanya berasa lega, " katanya, sambil menambah anak lelakinya itu masih disoal siasat oleh pihak polis pada masa ini.

Sebelum ini dilaporkan bahawa seorang remaja lelaki telah hilang selepas dia dilihat memasuki bangunan terbiar di Danga Bay di sini pada sabtu.

Turut dilaporkan bahawa sekumpulan 23 kanak-kanak juga telah hilang.

Polis, bagaimanapun, menafikan laporan yang kedua.

Portal pelancongan yang berpangkalan di AS, Expedia baru-baru ini menyenaraikan Danga Bay sebagai antara lima tempat yang paling berhantu di Malaysia kerana lokasi Villa Nabila.

Banglo ini terletak di atas bukit yang menghadap ke Selat Johor. - 19/11/13


--------------

PUIIIII !!! 1 MALAYSIA KENA KENCING DGN IZZAT...

Expedia Senaraikan Banglo Villa Nabila Tempat Berhantu Di Malaysia


VILLA2
Pintu masuk ke Villa Nabila.

JOHOR BARU: Pusat pembangunan Danga Bay mungkin lebih dikenali sebagai sebahagian daripada projek bernilai jutaan ringgit yang dibangunkan oleh Iskandar Malaysia.
Tetapi, ramai termasuk penduduk tempatan di sini tidak mengetahui bahawa, portal pelancongan berpangkalan di Amerika Syarikat, Expedia menyenaraikan ia antara lima tempat berhantu di Malaysia.
villa-nabila-8010
Ia tersenarai menerusi sebuah banglo lama tinggalan, dikenali sebagai Villa Nabila, terletak di atas bukit yang menghadap Selat Johor.
Banglo tersebut menyimpan rahsia selama 40 tahun dan terdapat beberapa versi bagaimana ia memperoleh status tersebut.
Ia termasuk kes pembunuhan yang berlaku di kalangan keluarga Caucasian kaya yang tinggal di banglo itu.
Versi lain mendedahkan bagaimana pembantu rumah merupakan dalang pembunuhan itu dan membunuh keluarga tersebut termasuk seorang anak perempuan bernama Nabila dan mayatnya ditanam di suatu lokasi dekat kawasan banglo tersebut.
Salah satu cerita yang menarik perhatian adalah ahli keluarga tersebut dibunuh oleh dua lelaki yang diupah oleh saudara mereka kerana sikap tamak.
Antara kepercayaan karut di sekitar kawasan itu adalah pelawat perlu memasuki rumah tersebut dalam nombor genap.
Sekiranya mereka melawat dalam nombor ganjil, terdapat ‘individu lain’ dalam kumpulan itu apabila mereka meninggalkan banglo tersebut.
Tinjaun The Star mendapat sekumpulan kanak-kanak sedang bermain di kawasan sekitar walaupun mengetahui bahawa banglo tersebut mungkin berhantu.
Salah seorang daripada mereka, Azmirul Syafiq Azmadi, 12, berkata dia dan rakan-rakannya datang ke kawasan itu untuk melihat sendiri jika terdapat hantu di rumah tersebut.
“Saya pernah terdengar mengenainya dari rakan saya dan orang tua bahawa rumah itu berhantu.
“Kami mungkin akan kembali lagi pada waktu malam untuk mencuba nasib,” katanya sambil menambah mereka tidak melihat sesuatu yang pelik.
Expedia turut menyenaraikan Kellie’s Castle di Perak, Banglo di Jalan Turi, Bangar, banglo kolonial di Bukit Tunku, Kuala Lumpur dan Apartment Ria di Genting Highlands sebagai antara tempat-tempat lain untuk memburu hantu.

villa3
Penolong Pengarah Pelancongan Johor, Amirul Asyraf Ibrahim yakin menerusi penyenaraian itu akan menarik lebih ramai pelancong terutama mereka yang gemar melawat tempat-tempat menyeramkan.
“Di negara lain, terdapat beberapa pakej mengenainya untuk menarik pemburu hantu dan mereka yang mahukan sesuatu yang mencabar,” katanya.
Beliau berkata, pihaknya juga bersedia untuk bekerjasama dengan ejen pelancongan bagi mempromosikan pakej aktiviti memburu hantu dan fenomena ghaib di Johor. – Mstar.

Sunday, November 17, 2013

VILLA NABILA EXPOSED!


Pelbagai kes aneh dilaporkan mengenai Villa Nabila terletak di Johor Bahru, Johor. Awal tengahari tadi saya bersama beberapa rakan meninjau lokasi terbabit.

Berikut pintu masuk utama ke villa dikatakan berpuaka.


Sebaik memasuki kawasan itu, saya rakamkan gambar pokok tumbang di bawah.


Villa terbabit kini diselubungi pokok berakar berjurai dan menjalar sehingga menutupi keseluruhan struktur.


Berikut gambar dirakamkan di tingkap bawah villa lama telah ditinggalkan itu.


Villa Nabila dilaporkan mempunyai kolam renang dan kami kemudian mencari kolam terbabit. 

"Kata tadi ada kolam renang, kan?," soal Mohd Azhar Che Umar.


Kami mendapati, lantai bawah Villa Nabila dijadikan sarang penagihan dadah.


Kami kemudian naik ke tingkat satu.

"Tengok ini," ujar Mazlan.

Thursday, November 14, 2013

Bocor rahsia sulit: Nurul Izzah perlu disiasat


  • Nurul Izzah AnwarNurul Izzah Anwar
 1 / 1 
SHAH ALAM – Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee mahu tindakan tegas diambil terhadap mana-mana pemimpin politik yang sengaja membocorkan rahsia atau maklumat sulit strategi keselamatan demi menjaga kepentingan negara.

Katanya, tindakan undang-undang tidak dikecualikan sama ada pemimpin itu mewakili parti pemerintah mahupun pembangkang termasuk badan bukan kerajaan (NGO)

Langkah itu katanya, bagi menjamin rahsia strategi keselamatan negara tidak terdedah kepada pihak luar.

Bagaimanapun beliau mendakwa, pembocoran rahsia keselamatan negara ini lazimnya dilakukan oleh pemimpin pembangkang bertujuan memburukkan imej negara.

"Pembangkang di negara ini sanggup lakukan apa sahaja untuk meraih kuasa termasuk menjual maklumat atau membocorkan rahsia keselamatan negara kepada pihak yang berkepentingan," katanya yang dipetik dari blog Umno Cheras, semalam.

Syed Ali memberikan reaksi demikian berhubung pembocoran rahsia keselamatan negara yang didakwa berkaitan dengan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.

"Pihak berkuasa harus siasat bagaimana Nurul Izzah mendapat tahu maklumat tersebut dan apa motifnya mendedahkan kepada umum sedangkan perkara itu merupakan rahsia strategi keselamatan negara.

"Dalam isu keselamatan sepatutnya tidak dipersoalkan secara terbuka apatah lagi di depan khalayak umum dan Nurul Izzah selaku wakil rakyat sewajarnya menggunakan saluran yang betul," katanya.

Sebelum ini, laporan dari portal berita melaporkan, Izzah pada forum mengenai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) di Bangsar, Kuala Lumpur mempersoalkan tindakan kerajaan menempatkan 30 anggota polis cawangan khas di London, England.

Izzah berkata, kos menempatkan kontinjen tersebut di London dibiayai oleh dana awam sedangkan setahu beliau, tiada ancaman keselamatan dalaman pada Malaysia yang berasal dari negara Eropah itu.

Kenyataan Izaah itu turut mendapat kecaman daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim yang mahu kerajaan menyiasat Ahli Parlimen Lembah Pantai itu.

Menurut Syed Ali lagi, isu tersebut sengaja dipolitikkan oleh pemimpin PKR bertujuan meraih sokongan rakyat.

"Perbuatan itu sebenarnya bertentangan dengan aspek keselamatan negara.

"Jangan kerana hendak jadi popular dan juara, mereka boleh cakap sesuka hati termasuk membocorkan rahsia keselamatan negara," katanya.

Para isteri sila Jaga perut, bawah perut suami




  • MUHAMAD MAT YAKIMMUHAMAD MAT YAKIM
 1 / 1 
Maaflah kalau ayat saya kali ini agak berterus terang. Sejak lama dulu, kita biasa dengar apa yang sering disebut orang terutama pesanan daripada seseorang yang lebih tua kepada seorang wanita yang baru menempuh alam baru hidup berumah tangga, untuk pikat suami adalah dengan menjaga perut, dan yang di bawah perutnya!
Maksudnya, isteri perlu jaga baik-baik hal makan minum suami, dan juga memberi layanan yang terbaik kepadanya di tempat tidur.
Kalau isteri terbaik dalam dua perkara itu, dikatakan bahagialah rumah tangga. Suami yang kenyang makan di rumah takkan makan di luar - satu ayat yang mempunyai dua makna!
Tengah hari minggu lalu, saya duduk bersembang dengan tiga rakan, dua wanita yang kedua-duanya penerbit rancangan televisyen dan seorang lelaki, pensyarah universiti di sebuah restoran mamak di Kuala Lumpur.
Kami ditanya apakah benar lelaki zaman sekarang masih mengutamakan isteri yang pandai memasak?
Rakan saya si pensyarah berkata, dia tidak pernah terfikir pun mengenai hal itu. Saya sendiri pula kata, apa yang dimasak oleh isteri, bagi saya semuanya sedap (dan memang sedap pun).
Tetapi sebagai wanita bekerja, saya tahu isteri jarang-jarang sekali dapat peluang untuk memasak dan saya pula jarang-jarang sekali dapat peluang untuk makan di rumah. Dan saya amat hargai jika dalam peluang yang jarang-jarang itu, dia masih juga berusaha memasak untuk saya dan saya tahu, dia juga amat hargai dan berasa seronok jika saya dapat makan di rumah.
Ya, memangnya saya sendiri pun seronok sangat dapat makan di rumah. Tetapi jika saya yang bekerja ini tahu penat, isteri pun apa kurangnya!
Dia pun tahu penat juga dan pada hari cuti, saya lebih suka jika dia berehat. Inilah masanya untuk saya bawa dia makan di luar. Akan tetapi pada hari itu jugalah saya perhatikan dia akan sedaya upaya juga masak untuk saya makan di rumah.
Tidak. Ini bukanlah semata-mata cerita hal saya dan isteri dalam hal masak dan makan. Berbalik pada topik yang saya dan rakan-rakan bualkan, kita cuma mahu bandingkan apakah lelaki pada zaman ini masih demand pada isteri yang pandai masak, pandai jaga perut suami.
Sebabnya, wanita sudah jauh berubah. Jika dahulu bolehlah wanita dituntut pandai memasak untuk ikat hati suami sebab mereka zaman itu rata-rata tidak bekerja, tetapi wanita sekarang dalam bab ekonomi atau cari rezeki, sudah sama naik dengan lelaki.
Justeru, masihkah wajar dalam keadaan berpenat lelah pulang kerja, kena senteng lengan masuk dapur, masak sedap-sedap sedang suami hanya menunggu sambil berlingkar depan TV macam ular sawa tua?
Ya, saya tahu itu semua jadi pahala yang akan bawa si isteri ke  syurga tetapi ALLAH Maha Kaya, tak akan berkurang pahala isteri malah suami sendiri juga akan dapat pahala jika dapat bertolak ansur dan tidak terlalu meminta-minta. Kalau mahu layanan lebih, jangan suruh isteri bekerja, biar dia jadi suri rumah sepenuh masa.
Apa pun, dari lubuk hati sendiri, saya bersetuju dengan pengakuan rakan saya si pensyarah bahawa lelaki sekarang sudah tidak terlalu  kisah sama ada isteri pandai memasak atau tidak. Tetapi janganlah sampai tak tahu langsung hingga emak mertua bertandang pun dihidang mi segera. Itu cari penyakit namanya!
Mungkin juga ini petanda bahawa suami zaman ini sudah dapat menyerap perubahan untuk lebih memahami situasi isteri masing-masing yang tidak alah sibuknya berbanding diri mereka sendiri. Atau mungkin juga lelaki zaman ini sudah berjaya dipengaruhi oleh para isteri untuk juga jadi seperti mereka - jaga perut tetapi bukan jaga dalam erti kata makan dengan banyak dan sedap sebaliknya jaga dengan cara berlapar. Maklumlah zaman ini, sedap dipandang lebih diutamakan berbanding sedap makan!
Apa pun, terpulanglah. Yang penting suami isteri kenalah hidup sejujurnya antara satu sama lain. Kalau suami makan di rumah sekadar untuk ambil hati isteri sedangkan dia sudah makan di luar, pun tidak baik juga walaupun niat dan tujuannya baik.
Seperti kata seorang kawan saya yang nakal: "Aku balik ke rumah walau macam mana kenyang pun, tetap makan juga seolah-olah aku tak makan lagi, makan macam orang lapar. Inilah cara untuk jaga hati isteri supaya dia tidak syak apa-apa ..."
Ya, ayat ini seharusnya dibaca dengan dua makna macam ayat yang di atas juga. Agaknya spesies macam inilah, yang perut tidak berjaga. Selain kandung lemak yang banyak, juga kandung dosa yang banyak!