Saturday, June 13, 2015
KADAR TOL BAKAL NAIK??
Kadar tol di 16 lebuhraya utama di seluruh negara dijangka mengalami kenaikan antara 20 sen hingga RM1 pada awal bulan Ogos ini jika mendapat kelulusan kabinet.
Kementerian Kerja Raya difahamkan akan membawa cadangan tersebut ke kabinet hari ini untuk mendapat kelulusan.
Menterinya, Datuk Seri Faddillah Yusof berkata, kerajaan masih belum membuat sebarang keputusan tentang kenaikan kadar tol ini.
"Kalau mengikut perjanjian konsesi harga tol sudah lama naik tetapi jika apa-apa keputusan dibuat nanti pihak kementerian akan memaklumkan perkara berkenaan." katanya.
Antara lebuhraya yang terlibat dalam kenaikan ini adalah:
1. Lebuhraya Besraya naik RM0.70 dari RM1.30 = RM2.00
2. Lebuhraya Pantai Baru (NPE) naik RM0.60 dari Rm1.60 = RM2.20
3. Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) naik RM0.50 dari Rm1.60 = RM2.10
4. Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) naik RM0.50 dari RM2.00 = RM2.50
5. Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR) naik RM0.50 dari RM2.00 = RM2.50
6.Lebuhraya Penyuraian Trafik Lingkaran Kajang (SILK) naik RM0.60 dari RM1.00 = RM1.60
7. Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX)
8.Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS)
9.Lebuhraya Cheras-Kajang(Grand Saga)
10.Lebuhraya Kulim-Butterworth
11.Lebuhraya Koridor Guthrie
12.Lebuhraya Pantai Timur 1(LPT1)
Empat lagi lebuhraya masih kami tidak dapat pastikan, bagaimanapun difahamkan Lebuhraya Utara-Selatan tidak terlibat dalam kenaikan harga baru ini. - Siakapkeli.my
Tangan Misteri Dalam Gambar Yang Diambil di Gunung Kinabalu Cetus Tanda Tanya
PETALING JAYA: Sepasang tangan misteri yang muncul di dalam dua keping gambar yang diambil dari Gunung Kinabalu selepas berlakunya gempa bumi di Sabah baru-baru ini mencetuskan tanda tanya orang ramai.
Timbalan Presiden Persatuan Komuniti Bugis Sabah (PKBS), Samasuddin Yusop, yang turut sama berada di dalam gambar itu berkata kedua-dua gambar terbabit tidak diubah.
"Ramai yang bertanya pada kami tentang gambar itu tetapi susah untuk kami pastikan ia adalah makhluk misteri atau masalah kamera", kata bekas ketua Universiti Malaysia Sabah (UMS) komunikasi korporat memetik laporan dari The Star Online.
Dua gambar tersebut yang telah menjadi viral di media sosial diambil menggunakan dua gadjet berbeza iaitu sebuah telefon dan sebuah kamera Nikon.
Kedua-dua keping gambar tersebut merakamkan gambar tangan misteri itu.
Walaubagaimanapun, gambar yang diambil menggunakan telefon berjaya merakamkan dua tangan manakala gambar yang diambil menggunakan kamera Nikon berjaya merakan hanya satu tangan yang mana kedudukannya telah sedikit berubah.
Kumpulan PKBS telah melawat Gunung Kinabalu baru-baru ini untuk memberikan sumbangan kepada tabung gempa Gunung Kinabalu, malim gunung dan pegawai polis dari balai polis Ranau yang terjejas akibat gempa tersebut.
Mereka kemudiannya bergambar bersama malim gunung Mhd Rizuan Kauhinin yang diangkat sebagai hero apabila gambarnya mendukung seorang kanak-kanak menjadi viral di media sosial.
Menurut Samasuddin, imej yang diambil menggunakan telefon bimbit lebih menggerikan daripada gambar yang diambil menggunakan kamera kerana terdapat dua tangan dilihat berada berdekatan belakangnya.
"Sehari selepas itu, seorang ahli kumpulan kami memeriksa gambar-gambar yang diambil dan kami terkejut(dengan penampakan tangan misteri)," katanya.
Bagaimanapun, Samasuddin tidak merasa risau dengan apa yang berlaku memandangkan kumpulannya datang ke gunung tersebut dengan niat yang baik. - Siakapkeli.my
Timbalan Presiden Persatuan Komuniti Bugis Sabah (PKBS), Samasuddin Yusop, yang turut sama berada di dalam gambar itu berkata kedua-dua gambar terbabit tidak diubah.
"Ramai yang bertanya pada kami tentang gambar itu tetapi susah untuk kami pastikan ia adalah makhluk misteri atau masalah kamera", kata bekas ketua Universiti Malaysia Sabah (UMS) komunikasi korporat memetik laporan dari The Star Online.
Dua gambar tersebut yang telah menjadi viral di media sosial diambil menggunakan dua gadjet berbeza iaitu sebuah telefon dan sebuah kamera Nikon.
Kedua-dua keping gambar tersebut merakamkan gambar tangan misteri itu.
Walaubagaimanapun, gambar yang diambil menggunakan telefon berjaya merakamkan dua tangan manakala gambar yang diambil menggunakan kamera Nikon berjaya merakan hanya satu tangan yang mana kedudukannya telah sedikit berubah.
Kiri, gambar yang diambil menggunakan telefon bimbit manakala kanak gambar yang diambil menggunakan kamera Nikon. |
Mereka kemudiannya bergambar bersama malim gunung Mhd Rizuan Kauhinin yang diangkat sebagai hero apabila gambarnya mendukung seorang kanak-kanak menjadi viral di media sosial.
Menurut Samasuddin, imej yang diambil menggunakan telefon bimbit lebih menggerikan daripada gambar yang diambil menggunakan kamera kerana terdapat dua tangan dilihat berada berdekatan belakangnya.
"Sehari selepas itu, seorang ahli kumpulan kami memeriksa gambar-gambar yang diambil dan kami terkejut(dengan penampakan tangan misteri)," katanya.
Bagaimanapun, Samasuddin tidak merasa risau dengan apa yang berlaku memandangkan kumpulannya datang ke gunung tersebut dengan niat yang baik. - Siakapkeli.my
Sunday, June 7, 2015
Raissyah Rania @Felixia Yeap Berkahwin dengan Dr Rezal Khairi Ahmad!! Tahniahh!!
Sedar tak sedar, kini Raissyah Rania atau dulunya dikenali dengan nama Felixia Yap kini sah menjadi isteri kepada Dr Rezal Khairi Ahmad. Suami beliau merupakan pegawai eksekutif NanoMalaysia Berhad.
Raissyah Rania sah menjadi isteri Dr Rezal jam 10.30 pagi semalam. Suami beliau merupakan pemegang ijazah kedoktoran lulusan dari London Centre. Akhirnya terungkai siapakah lelaki bertuah yang berjaya menawan hati Raissyah selama ini.
Tahniah buat Raissyah dan Dr Rezal yang kini menjadi suami isteri. Kami doakan semoga perkahwinan ini kekal sehingga ke Jannah. InsyaAllah!
Subscribe to:
Posts (Atom)