Monday, April 28, 2014

MUTAKHIR : #MH370 Telah Ditemui - Syarikat Australia!!!






Sebuah syarikat penerokaan Australia telah mendakwa telah menemui bangkai pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.


Syarikat GeoResonance dalam sebuah laporan oleh7News Australiamenyatakan bahawa ia melakukan pencarian sendiri pesawat tersebut sejak 10 Mac, dan telah mengesan objek yang berkemungkinan bangkai pesawat di Teluk Bengal, 5,000 kilometer dari kawasan pencarian sekarang iaitu selatan Lautan Hindi.



Lokasi penemuanobjek yang didakwa berkemungkinan bangkai MH370 di Teluk Bengal.


Menurut jurucakap GeoResonance, David Pope, pihak penyelidiknya telah mengesan elemen pada dasar lautan yang dikatakan konsisten dengan elemen pesawat.

"Teknologi yang kita gunakan pada asalnya direka untuk mencari kepala peledak nuklear, kapal selam. Pasukan kami di Ukraine memutuskan kita perlu cuba dan bantu," katanya seperti yang dipetik7News.

Pencarian syarikat berpangkalan di Adelaide itu melibatkan kawasan seluas 2,000,000 km persegi di perairan di mana P itu dikatakan terhempas, menggunakan imej dari satelit dan pesawat.

Saintis syarikat tersebut juga menumpukan usaha mereka di kawasan utara dengan menggunakan lebih 20 teknologi menganalisa data termasuk reaktor nuklear.

Kata Pope, GeoResonance telah membandingkan penemuan mereka dengan imej-imej yang diambil pada 5 Mac, iaitu tiga hari sebelum MH370 dilaporkan hilang, namum mereka tidak berjaya menjumpai apa yang telah dikesan di kawasan itu.






"Bangkai itu tiada di situ sebelum kehilangan MH370. Kami tidak kata ia sememangnya MH370, merupakan petunjuk baru boleh kami lakukan susulan," kata Pope.

Dalam pada itu, seorang lagi jurucakap syarikat, Pavel Kyrsa memberitahu bahawa beberapa unsur yang terdapat pada pesawat komersil, telah dikesan di kawasan Teluk Bengal itu.

Katanya unsur yang dikesan itu merupakan unsur kimia yang digunakan pesawat Boeing 777 seperti aluminium, titanium, tembaga, aloi keluli dan bahan-bahan lain.

Terdahulu, dalam sidang taklimat bersama media di Perth pada Isnin, Perdana Menteri Australia, Tony Abbott berkata kemungkinan penemuan serpihan pesawat di permukaan laut adalah tipis.

Kata Abbot, misi pencarian kini telah memasuki fasa baru dimana setakat ini, pencarian menerusi udara, permukaan mahupun dalam laut masih belum berhasil.

Abbott menerangkan bahawa misi pencarian baru ini akan memberi fokus kepada satu kawasan yang lebih luas di dasar laut - Awani

Monday, April 21, 2014

Gambar Aidil dan Zarema Honey Moon di Thailand


Masih belum terlewat untuk ucapkan " Happy Honeymoon " kepada Kapten Bolasepak Harimau Malaya Aidil Zafuan dan isteri Zarema Zainal, mereka sah bergelar suami isteri pada 14 March lalu, namun masa membataskan mereka berdua untuk berbulan madu di hari bahagia mereka.

Aidil terlalu sebuk dengan pasukan nya Johor Darul Takzim dan Harimau Malaya, jadi mereka tiada masa lagi untuk berbulan madu.

Kini liga Malaysia berehat seketika Aidil dan Isteri mengambil kesempatan untuk berbulan madu di Thailand anatara tempat yang mereka kunjungi adalah " Krabi " , jom lihat gambar-gambar mereka semasa " Honeymoon" tersebut.




Selamat berbahagia untuk Aidil dan Isteri Zarema semoga kebahagian kekal bersama kalian hingga akhir hayat dan selamat berjaya juga untuk Aidil bersama JDT dan Harimau Malaya.

Haram jadah : Lelaki nyaris maut ketika asyik BERSELFIE


Lelaki Berselfie Nyaris Maut



8 Gambar Ngeri Saudara Muslim Kita Di Afrika Tengah. Pasti Membuka Mata Anda. Seriously!

Dewasa ini, saban hari kita didedahkan dengan pelbagai bentuk penindasan terhadap umat islam seperti di Palestin, Syiria, Rohingya dan banyak lagi. Terkini dunia islam dikejutkan dengan berita pergolakan dan penindasan yang berlaku di Republik Afrika Tengah.


Central African Republic
Disepak dan dipijak


Central African Republic
Dibiarkan cedera

Central African Republic
Diseret sepanjang jalan dan dibaling batu

4

Central African Republic
Ditikam hidup-hidup

Central African Republic
Mayat Bergelimpangan

Central African Republic
Dibakar

Central African Republic
Bahkan daging dimakan!


Republik Afrika Tengah mempunyai populasi 4.5 juta penduduk yang terdiri daripada 50% Kristian, 15% muslim dan 35% lain-lain. Memetik kata-kata Dr Ali Mohiuddin Qara Dagi, Setiausaha Agong Ikatan Ulama’ Islam Dunia mengatakan bahawa umat kita sedang terluka dengan penyembelihan umat islam di Afrika Tengah. Tambah beliau, umat islam di Afrika Tengah dulunya merupakan majoriti namun hari ini telah menjadi golongan minoriti yang tertindas.
Militari Kristian mampu melenyapkan populasi muslim di Afrika Tengah, kata kumpulan Hak Asasi Manusia (Human Right). Mereka mendakwa telah menyaksikan kuasa-kuasa anti Balaka (Militari Kristian) memotong kerongkong orang Islam, mencacatkan, memotong badan sehingga mati lalu dibakarnya.Ini menunjukkan proses pembersihan etnik muslim secara besar-besaran sedang berlaku.
Melihat keadaan yang tidak terkawal, Perancis mengumumkan untuk meningkatkan penempatan tentera dengan askar tambahan sebanyak 400 bagi mengawal keadaan yang sedang berlaku.
Natijahnya, berpuluh-puluh ribu umat Islam telah melarikan diri rentetan daripada peningkatan serangan Militari Kristian dalam tempoh beberapa minggu kebelakangan ini.

Tonton Video Ini Untuk Paparan Lebih Jelas

Saya tak mampu nak sorok gambar ini dari anda, tapi saya akan rasa berdosa besar sekiranya saya menyembunyikan realiti yang terjadi di Afrika Tengah ini. Lihat lah bila dunia semua membisu. Mana orang- orang islam? Anda yang sudah membaca ini digalakkan untuk tekan butang share dan share sebanyak-banyakknya di Facebook. Jom sebarkan!

Saturday, April 19, 2014

Hujah Ustaz Dhiza Zaid Kepada Wardina Dengan Bukti Kitab Lama

Hujah Ustaz Dhiza Zaid Kepada Wardina Dengan Bukti Kitab Lama >> wangolds.com
 
  
Di bawah adalah hujah dari Ustaz Dhiza Zaid



Jujur saya mulai risau dengan kelibat para selebriti & artis yang baru berhijrah. Kecenderungan mereka mengkritik para asatizah, ustaz & ustazah secara terbuka sudah mendarah daging. Bukan sekali ini. Sudah berkali-kali. Termasuk mempertikaikan amalan-amalan orang Islam yang dikaitkan dengan bid'ah dan sebagainya.

Kepada Kak Wardina, adalah tidak wajar bahkan sangat tidak sesuai untuk akak mengkritik secara terbuka seperti ini. Percayalah teguran akak secara terbuka ini pun tidak ada makna apa-apa, malah akan semakin menimbulkan kebencian masyarakat serta buruk sangka kepada ilmuan & pendakwah kita. Dan percayalah tanpa 'komen' akak ini pun, inshaAllah di luar sana masih ramai ustaz ustazah dan para asatizah yang akan mengambil tugas menasihati USTAZ DON.

[Image: wardina-ustaz-dhiya-zaid.jpg]


Terkadang kita WAJIB sedar diri kita. Layakkah kita untuk mengkritik orang yang lebih berilmu dibanding kita yang Al-Quran pun masih baca tidak betul.

Allah. Allah.

KISAH MAGIC BAGI SI JAHIL

Sebenarnya apa yang diceritakan oleh Ustaz Don bukanlah cerita palsu. Kerana cerita ini tersebut di dalam kitab-kitab para Ulamak. Tetapi oleh kerana kejahilan kita, malas belajar, malas membaca dan mengkaji tetapi suka mengkritik orang lain, maka sikap gopoh dan suka mencari kesalahan orang itulah juga yang menghukum kebodohan kita.

Kisahi ini disebutkan oleh Imam Az-Zahabi di dalam kitab terkenalnya iaitu Al-Kaba'ir. Siapa Imam Az-Zahabi. Beliau bertaraf AL-HAFIZ! Jika kita mengatakan cerita ini MAGIC, itu bermakna kita lebih hebat berbanding Imam Az-Zahabi.

Allah. Allah.

Kita hafal hadis pun tidak sampai 10 hadis. Itupun lupa-lupa dan salah baris bila baca. Hmmmm..

Mari kita baca kisah tersebut di dalam kitab Al-Kaba'ir halaman 48-49.
________________________

و حكي أن رجلا من الأغنياء حج إلى بيت الله الحرام فلما وصل إلى مكة أودع من ماله ألف دينار عند رجل كان موسوما بالأمانة و الصلاح إلى أن يقف بعرفات فلما وقف بعرفات و رجع إلى مكة وجد الرجل قد مات فسأل أهله عن ماله علم أنه لم يكن لهم به علم فأتى علماء مكة فأخبرهم بحاله و ماله فقالوا له : إذا كان نصف الليل فأت زمزم و انظر فيها و ناد يا فلان باسمه فإن كان من أهل الجنة فسيجيبك بأول مرة فمضى الرجل و نادى في زمزم فلم يجبه أحد فجاء إليهم و أخبرهم فقالوا : إنا لله و إنا إليه راجعون نخشى أن يكون صاحبك من أهل النار اذهب إلى أرض اليمن ففيها بئر يسمى برهوت يقال أنه على فم جهنم فانظر فيه بالليل و ناد يا فلان فإن كان من أهل النار فسيجيبك منها فمضى إلى اليمن و سأل عن البئر فدل عليها فأتاها بالليل و نظر فيها و نادى يا فلان فأجابه فقال : أين ذهبي ؟ قال دفنته في الموضع الفلاني من داري و لم ائتمن عليه ولدي فأتهم و احفر هناك تجده فقال له : ما الذي أنزلك هاهنا و كنا نظن بك الخير ؟ فقال : كان لي أخت فقيرة هجرتها و كنت لا أحنو عليها فعاقبني الله سبحانه بسببها و أنزلني الله هذه المنزلة
و تصديق ذلك في الحديث الصحيح قوله صلى الله عليه و سلم : [ لا يدخل الجنة قاطع ] يعني قاطع رحم كالأخت و الخالة و العمة و بنت الأخت و غيرهم من الأقارب فنسأل الله التوفيق لطاعته إنه جواد كريم

"Dan diriwayatkan bahawa ada seorang lelaki kaya telah pergi ke Baitullah Al-Haram untuk menunaikan ibadat Haji. Setelah tiba di Mekah, beliau telah menyimpankan wangnya sebanyak 1000 dinar kepada seorang lelaki yang soleh dan terkenal dengan sifat amanah. Kemudian lelaki kaya itu pun menuju ke ‘Arafah untuk berwuquf di sana.

Setelah selesai berwuquf di ‘Arafah (dan amalan-amalan Haji yang lain), beliau pun kembali ke Mekah (bertemu dengan lelaki yang diberi amanah untuk menyimpan wangnya dahulu) dan beliau mendapati lelaki yang menyimpan wangnya itu telah meninggal dunia. Beliau kemudian bertanya kepada ahli keluarga si mati tentang wang yang disimpan kepada si mati (lelaki itu). Kemudian ahli keluarga si mati menjawab bahawa mereka tidak mengetahui tentang wang simpanan tersebut yang diberikan kepada si mati.

Kemudian lelaki kaya itu mendatangi seorang Ulamak di Mekah dan memberitahu tentang keadannnya dan wangnya (yang telah disimpan kepada lelaki yang terkenal jujur dan amanah itu). Lalu Ulamak itu mengatakan: “ Apabila tiba pertengahan malam, pergilah ke telaga Zamzam dan lihat ke dalamnya, kemudian serulah nama si Fulan itu. Jika seandainya lelaki itu termasuk ahli Syurga, maka dia akan terus menjawab seruanmu.

Maka pada waktu tengah larut malam, lelaki kaya itu pun pergi ke telaga Zamzam lalu memanggil nama lelaki itu. Sekali dan dua kali dan seterusnya namun tidak ada yang menjawab seruan tersebut.

Pada keesokannya harinya lelaki kaya itu datang menemui Ulamak Mekah itu dan menceritakan apa yang telah berlaku pada malam tadi. Mendengar cerita itu, Ulama itu pun terus mengucapkan “INNALILAHI WA INNA ILAIHI RAJI’UN, aku takut bahawa sahabatmu itu termasuk ahli Neraka. Pergilah engkau ke Yaman, di sana ada telaga yang bernama Barhut. Dikatak bahawa telaga itu adalah mulut Neraka Jahanam. Pergilah ke telaga tersebut pada tengah malam dan serulah nama si Fulan itu. Jika dia termasuk ahli Neraka, maka dia akan menjawab panggilan itu.

Maka pergilah si kaya itu menujuk ke Yaman, lalu bertanya kepada orang-orang di mana letakknya telaga tersebut. Kemudia beliau pun ditunjukkan di mana tempat letakkan telaga tersebut. Pada malamnya datanglah ia ke telaga Barhut itu lalu memanggil nama orang lelaki tersebut. Maka dengan serta merta orang itu menjawab. Lalu orang kaya itu pun bertanya, “Di mana engkau menyimpan wang dinarku?” Orang itu menjawab: “Aku telah menyimpanya pada suatu temapt di rumahku dan aku tidak percayakannya kepada sesiapa pun walaupun anakku sendiri. Sekarang pergilah engkau ke tempat sekian-sekian dan galilah ditempat itu nanti engkau akan menemui wang dinarmu itu di sana.”

Kemudian lelaki kaya itu bertanya pula,”Apa yang menyebabkan engkau berada di sini (padahal engkau orang yang baik) dan kami menyangka engkau orang yang baik?” Maka orang itu menjawab “Aku mempunyai seorang adik perempuan yang miskin. Aku tidak pedulikannya, tidak bertanya hal keadaannya serta tidak belas kasihan kepadanya. Maka oleh kerana itulah Allah telah menyeksa aku di sini dan menempatkan aku di Neraka Jahanam ini.”
____________________________

Di akhir kalam beliau, Imam Az-Zahabi menyatakan dengan tegas:

"Bagi MEMBENARKAN cerita ini, tersebut di dalam hadis sabda Nabi ﷺ : 'Tidak akan masuk Syurga orang yang memutuskan hubungan silaturrahim."

[Image: kitab+lama.jpg]


KISAH MAGIC BAGI SI JAHIL II

Bagi yang telah menuduh Ustaz Don menyebarkan cerita palsu, anda telah melakukan fitnah besar kepada beliau. Bagi yang melabelkan Ustaz Don sebagai Al-Kazzab, anda telah melakukan dosa yang sangat hina di hadapan Allah Azza wa Jalla.

Sebetulnya kisah ini diriwayatkan oleh para Ulamak di dalam kitab-kitab mereka. Antaranya seorang ulamak terkemuka dan terkenal mazhab Syafi'e iaitu Al-Imam Syihabuddin Abu al-'Abbas Ahmad bin Muhammad bin Ali bin Hajar al-Makki al-Haytami (909-973H). Beliau adalah sohibul Tuhfah, kita rujukan mazhab Syafi'e yang terkenal berjumlah 10 jilid itu. Karya-karya beliau menjadi rujukan para ulama mazhab Syafi’e yang muta'akhirin.

Ada sebuah kitab karya beliau yang jarang diperkatakan oleh kita. Guru Kami Syeikh Ahmad Tirmizi Taha, ada memesan supaya membaca kitab beliau ini. Kitab ini terkenal dengan nama Al-Zawajir atau penuhnya الزواجر عن اقتراف الكبائر.

Kitab ini disusun khusus oleh Ibnu Hajar Al-Haytami bagi mengupas dan membincangkan mengenai perbuatan atau amalan yang dikategorikan sebagai dosa besar. Kitab ini ditulis oleh Ibn Hajar al-Haytami pada pertengahan tahun 953 Hijrah. Dalam pembukaan kitabnya itu, tokoh ulama terkemuka ini mengaku tertarik untuk menuangkan buah fikirannya yang berkaitan dengan hal ehwal dosa besar.

Antara yang termuat di dalam karya ini adalah kisah seorang pemuda kaya dengan seorang lelaki jujur lagi amanah dan telaga Barhut yang disebut dalam hadis Nabi ﷺ.
________________________

وَقَدْ حُكِيَ أَنَّ رَجُلًا غَنِيًّا حَجَّ فَأَوْدَعَ آخَرَ مَوْسُومًا بِالْأَمَانَةِ وَالصَّلَاحِ أَلْفَ دِينَارٍ حَتَّى يَعُودَ مِنْ عَرَفَةَ ، فَلَمَّا عَادَ وَجَدَهُ قَدْ مَاتَ ، فَسَأَلَ ذُرِّيَّتَهُ عَنْ الْمَالِ فَلَمْ يَكُنْ لَهُمْ بِهِ عِلْمٌ ، فَسَأَلَ عُلَمَاءَ مَكَّةَ عَنْ قَضِيَّتِهِ فَقَالُوا لَهُ : إذَا كَانَ نِصْفُ اللَّيْلِ فَأْتِ زَمْزَمَ فَانْظُرْ فِيهَا وَنَادِ يَا فُلَانُ بِاسْمِهِ ، فَإِذَا كَانَ مِنْ أَهْلِ الْخَيْرِ فَيُجِيبُك مِنْ أَوَّلِ مَرَّةٍ ، فَذَهَبَ وَنَادَى فِيهَا فَلَمْ يُجِبْهُ أَحَدٌ ، فَأَخْبَرَهُمْ فَقَالُوا لَهُ : إنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إلَيْهِ رَاجِعُونَ ؛ نَخْشَى أَنْ يَكُونَ صَاحِبُك مِنْ أَهْلِ النَّارِ اذْهَبْ إلَى

أَرْضِ الْيَمَنِ فَفِيهَا بِئْرٌ تُسَمَّى بِئْرَ بَرَهُوتَ يُقَالُ إنَّهُ عَلَى فَمِ جَهَنَّمَ فَانْظُرْ فِيهِ بِاللَّيْلِ وَنَادِ يَا فُلَانُ فَيُجِيبُك مِنْهَا ، فَمَضَى إلَى الْيَمَنِ وَسَأَلَ عَنْ الْبِئْرِ فَدُلَّ عَلَيْهَا ، فَذَهَبَ إلَيْهَا لَيْلًا وَنَادَى فِيهَا : يَا فُلَانُ فَأَجَابَهُ ، فَقَالَ أَيْنَ ذَهَبِي ؟ فَقَالَ دَفَنْته فِي الْمَوْضِعِ الْفُلَانِيِّ مِنْ دَارِي وَلَمْ ائْتَمَنَ عَلَيْهِ وَلَدِي فَأْتِهِمْ وَاحْفِرْ هُنَاكَ تَجِدُهُ ، فَقَالَ لَهُ : مَا الَّذِي أَنْزَلَك هَاهُنَا وَقَدْ كُنْت يُظَنُّ بِك الْخَيْرُ ؟ قَالَ : كَانَ لِي أُخْتٌ فَقِيرَةٌ هَجَرْتهَا وَكُنْت لَا أَحْنُو عَلَيْهَا فَعَاقَبَنِي اللَّهُ - تَعَالَى - بِسَبَبِهَا وَأَنْزَلَنِي هَذِهِ الْمَنْزِلَةَ ، وَتَصْدِيقُ ذَلِكَ الْحَدِيثِ الصَّحِيحِ السَّابِقِ : { لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ قَاطِعٌ } أَيْ قَاطِعُ رَحِمِهِ وَأَقَارِبِهِ .

Sila rujuk kitab Az-Zawajir, halaman 85.
_______________________

Cuba perhatikan baik-baik. Di akhir kisah, Imam Ibnu Hajar Al-Haytami menegaskan:

وَتَصْدِيقُ ذَلِكَ الْحَدِيثِ الصَّحِيحِ السَّابِقِ : { لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ قَاطِعٌ } أَيْ قَاطِعُ رَحِمِهِ وَأَقَارِبِهِ

Allah. Allah.

Jika kalian mengatakan Ustaz Don PEREKA CERITA PALSU, bermakna anda juga menuduh Imam Ibn Hajar Al-Haytami dengan tuduhan yang sama.

Belajarlah lagi. Jangan sombong hanya kerana kita baru belajar dua tiga hadis dan hafal dua tiga kalimat bahasa 'Arab. Jangan SOMBONG & EGO. Jangan pandang rendah pada orang lain. Allah mengurniakan kita ilmu yang berbeza-beza.

[Image: kitab+lama+2.jpg]


Benarkah Rambut Nabi Tidak Mempunyai Bayang?
Benarkah Kisah Binatang Dob Yang Mendekati Nabi?
Saya sempat bertalaqqi dan mendengar syarah daripada dua orang tokoh Ulamak berkenaan rambut Nabi ﷺ yang mulia. Pertama, Syeikh Muhammad Syeikh Nuruddin Marbu ALBanjari ALMakki - Restu from Syeikh dan Sayyidi Syeikh Usama Elsayed Alazhary, kedua-duanya turut menceritakan bahawa rambut Nabi ﷺ yang mulia masih ada disimpan dan ianya tumbuh memanjang serta disimpan dibeberapa buah negara Islam.

Antara kritikan 'jahat' ke atas Ustaz Don ialah berkenaan kisah rambut Nabi ﷺ yang dibeli oleh kerajaan Brunei kemudian kerajaan Brunei menjemput Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din (Official) untuk memastikan kebenaran rambut itu adalah rambut Nabi ﷺ. Bukti yang diceritakan oleh Ustaz Don bahawa rambut itu disahkan rambut Nabi ﷺ kerana tidak mempunyai bayang-bayang.

Adakah benar rambut Nabi ﷺ atau jasad Baginda ﷺ apabila di sinari cahaya tidak mempunyai bayang-bayang?

Benar atau tidak, saya tidak berani mengatakan ya atau mengatakan tidak. Cukuplah hanya Allah سبحانه و تعالى yang mengetahui hakikat itu.

Namun menurut saya, Tuan Guru Kita, Dato' Dr. Haron Din dan Ustaz Don pasti tidaklah mengatakan sesuatu tanpa ilmu. Kita kenal Tuan Guru kita, kita tahu tahap keilmuannya, kita tahu kepakarannya dan beliau dari dulu hingga sekarang tetap terus istiqamah mencurahkan ilmu buat kita.

Untuk lebih menjadi bukti betul atau tidak rambut atau jasad Nabi ﷺ yang mulia tidak mempunyai bayang-bayang, marilah kita teliti satu syair yang dinukilkan oleh seorang Ulamak Jawi yang harum namanya di bumi Hijaz sehingga digelar "Sayyid Ulamak Hijaz" serta mendapat gelaran "Imam Nawawi Tsani (Kedua)". Beliau ialah Abu Abdul Mu’ti Muhammad bin Umar bin Arbi bin Ali Al-Tanara Al-Jawi Al-Bantani atau lebih dikenal dengan nama Syeikh Muhammad Nawawi Al-Jawi Al-Bantani.

Syeikh Nawawi Al-Banteni di dalam salah satu karyanya berjudul Maraqi Al-'Ubudiyyah menaqalkan syair Ulamak:
_______________________

لَمْ يَحْتَلِمْ قَطُّ طٰـهَ مُطْـلَقًا أَبَدًا
وَمَا تَثـَائَبَ أَصْـلاً فِىْ مَدَى الزَّمَنِ

مِنْهُ الدَّوَابُ فَـلَمْ تَهْرَبْ وَمَـا وَقَعَتْ
ذُبَابَةٌ أَبَـدًا فِى جِسْمِـهِ الْحَسَنِ

بِخَلْـفِهِ كَأَمَـامٍ رُؤْيَةٌ ثَـــبَتَتْ
وَلَا يُرٰى أَثْـرُ بَوْلٍ مِـنْهُ فِيْ عَلَنِ

وَقَلْبُهُ لَمْ يَنَـمْ وَالْعَيْنُ قَدْ نَعَسَتْ
وَلَايَرٰى ظِـلَّهُ فِى الشَّمْسِ ذُوْ فَـطِنِ

كَـتْفَاهُ قَدْ عَلَـتَا قَوْمًا إِذَا جَلَسُوْا
عِنْـدَ الْوِلَادَةِ صِـفْ يَا ذَا بِمُخْتَتَنِ

هَذِه الْخَصَائِصَ فَاحْفَظْهَا تَكُنْ أٰمِنًا
مِنْ شَرِّ نَـارٍ وَسُرَّاقٍ وَمِـنْ مِحَنِ

Nabi ﷺ tidak pernah bermimpi (-ihtilam- yang mengeluarkan air mani sama ada sebelum menjadi Nabi atau selepas dilantik).
Baginda ﷺ tidak pernah menguap sepanjang masa.

Binatang-binatang datang mendekatinya (jinak) dan tidak seekorpun yang lari daripadanya (liar).
Sedangkan lalat tidak pernah hinggap ditubuhnya yang indah dan mulia.

Baginda ﷺ boleh mengetahui sesuatu yang ada dari arah belakangnya, sebagaimana Baginda ﷺ melihat sesuatu yang ada di hadapannya. Dan bekas kencing Baginda ﷺ tidak pernah kelihatan dipermukaan bumi.

Hati Baginda ﷺ tidak pernah tidur, walaupun mata Baginda ﷺ dalam keadaan terpejam. Bayang-bayang Baginda ﷺ tidak kelihatan oleh orang yang berakal ketika disinari matahari.

Ketika duduk, kedua-dua pundak Baginda ﷺ sentiasa kelihatan lebih tinggi berbanding pundak orang lain yang duduk bersama Baginda ﷺ. Baginda ﷺ sudah berada dalam keadaan berkhitan sewaktu dilahirkan.

Ini merupakan KHUSUSIYYAH (keistimewaan) Baginda ﷺ, sayugia hendaklah engkau hafalkan bait-bait tersebut. Nescaya engkau akan mendapat perlindungan daripada bahaya kebakaran, kecurian dan terpelihara daripada musibah.
________________________

Sila rujuk kitab Maraqi Al-'Ubudiyyah halaman 2.

[Image: kitab+lama+3.jpg]