Wednesday, October 30, 2013

TRAGEDI : Video Dan Gambar Treler Terbalik Berdekatan Hospital Serdang!!!



Kejadian berlaku petang semalam di SKVE menghala ke Hospital serdang.. sedang sahabat ini buat rakaman utk dilaporkan kepada SPAD.. Tentang pemandu lori ini yg memandu laju...sekali terbabas ke seberang jalan bertentangan...






Antara kenderaan lain yang turut rosak, dipercayai pemandunya patah tangan




SUMBER

Nak Lempang Laju2 tak budak yang buat parody "macam cantik ni"?

Sunday, October 27, 2013

Video Bodoh yang dapat 32juta likers.

Tak pasal2 kena tanggung dosa walaupun ko nak sweet sangat

Alasan Faizal Ismail Letak Jawatan


Sumber oh Bulan

Faizal Ismail Letak Jawatan Serta Merta
Tiada angin, tiada ribut, tiba-tiba sahaja pagi ini ribuan pendengar radio Hot FM digemparkan dengan pengumuman perletakan jawatan Faizal Ismail atau lebih dikenali sebagai FBI.
Pada mulanya OHBULAN! menganggap ianya sekadar gimik atau gurauan yang biasa dilakukan oleh pihak radio, maklumlah Hot FM AM Krew memang terkenal dengan lawak jenaka mereka.
Namun ternyata Faizal serius mengenai perkara itu kerana dia turut mengemas kini status di Twitter berkenaan perletakan jawatannya.
Faizal Ismail Letak Jawatan Serta Merta
Menurut Faizal, dia melepaskan jawatan sebagai penyampai radio Hotfm dengan notis berkuatkuasa hari ini iaitu 24 Oktober 2013.
Nampaknya bukan sahaja pendengar terkejut, malah rakan sekerja Faizal seperti Fara Fauzana, AG dan Sharifah Aleya juga langsung tidak menjangka keputusan itu.
Faizal Ismail Letak Jawatan Serta MertaFaizal Ismail Letak Jawatan Serta MertaFaizal Ismail Letak Jawatan Serta Merta
Adakah Faizal berhenti menjadi penyampai radio dan dinaikkan pangkat atau dia telah menerima peluang yang lebih baik di tempat lain?
Namun, apa yang terbaik buat masa sekarang ialah menunggu penjelasan daripada Faizal ataupun pihak stesen radio itu sendiri berkenaan berita ini pada hari RABU ini. Faizal dalam Melodi telah umumkan bahawa sidang media akan diadakan pada hari Rabu..marilah kita nantikan sama-sama.

Tuesday, October 22, 2013

(15 GAMBAR)Pasangan Bahagia, Adam AF & Fiza Elite

Kredit : Beautifulnara
Perkahwinan Adam AF dan Fiza Elite sememangnya mendapat perhatian ramai apabila dilangsungkan bulan lalu. Ramai yang memuji kesederhanaan majlis pernikahan mereka. Malah ramai yang menyatakan pasangan ini secocok, umpama pinang dibelah dua dan sejuk mata memandang.
fiza dan adam
Semoga Adam dan Fiza bahagian menjalani kehidupan baru sebagai suami dan isteri. Harap-harap dimurahkan rezeki dan dikurniakan berita gembira mengenai kehadiran cahaya mata dalam masa terdekat. Awal-awal perkahwinan biasalah kalau ada gaduh-gaduh sikit. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri.
fiza dan adam
Lagi beberapa keping gambar pasangan bahagia ini dengan membaca artikel ini sepenuhnya.
fiza dan adam
fiza dan adam
fiza dan adam
fiza dan adam
fiza dan adam
fiza dan adam
fiza dan adam
fiza dan adamfiza dan adam
fiza dan adam
fiza dan adam
fiza dan adam
fiza dan adam

Monday, October 21, 2013

House of the Prophet Muhammed (PBUH)

new born baby says Allah Allah & die Say Allah Allah.3gp

Sharifah Sakinah Menari Gedik Kelab Malam Depan CCTV

Kenapa sembah kaabah?

Suatu hari, seorang pemuda sedang asyik membaca artikel-artikel lama di laman web Oh! Islam melalui iPad’nya. Sedang asyik, dia didatangi oleh seorang sahabat lama yang bukan beragama Islam. Berbual punya berbual, hinggalah tersentuh bab agama dan akhirnya terzahirlah perbualan di bawah ini.
“Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?”
“Oh…. itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah”
“Baitullah tu apa?” …
“Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah”
“Allah ada dalam tu?”
“Tak…..”
“Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?”
“Yang saya sembah bukannya bangunan tu..”
“Kamu sembah apa?”
“Saya sembah Allah swt”
“Jadi, kenapa sembah bangunan tu?”
“Saya MENGHADAP sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah..”
“Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la..”
“Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?”
“Pernah…… selalu..”
“Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?”
“Tengok perlawanan bola la..”
“Di mana?”
“Dalam tv la..”
“Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak..”
“Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada..”
“Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu..”
“So..?”
“Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak?”
“Tak.. aku tengok perlawanan bola la melaui tv tu..”
“Peliknya..”
“Sebab apa pulak pelik?”
“Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat..”
“Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya..”
“Hurm.. jadi tak peliklah ni..?”
“Ya.. tak pelik..”
“Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah..”
Credit to : http://ohislam.com

Saturday, October 19, 2013

Cleaning trains - The paki way

Dalam Kaabah

Bayer Leverkusen 'ghost goal' - the most bizarre goal in football? | #BT...

APA NAK JADI?? Remaja Dengan Bangga Share Status Selepas "PROJEK!!"



"YESS AKHIRNYA DAPAT TERUNA DIA. FUHH SELESA ^^)"


Apa nak jadi dengan budak-budak sekarang ini? Semakin hari semakin rosak. Pendedahan internet yang tidak terkawal mungkin mendorong mereka ke arah gejala maksiat.

Tanpa segan silu seorang perempuan bawah umur dengan selambanya memuat naikkan gambar dia dengan kekasihnya yang baru sahaja selesai berzina dengan status kontroversi seperti di atas.



SUMBER


Pada masa kini, penyimpangan dan masalah seksual, khusus di kalangan remaja semakin membimbangkan. Pergeseran kefahaman seperti dosa masing-masing tanggung, kubur masing masing jaga, membuatkan masalah dosa dan zina sesuatu yang mula dipandang remeh. 

Penyimpangan seks, iaitu zina sesuatu yang amat keji dan mesti dihindari setiap Muslim sebagaimana firman Allah yang bermaksud: 

"...dan janganlah kamu mendekati zina sesungguhnya zina itu perbuatan yang sangat keji dan satu jalan yang sangat buruk." 

Alam remaja adalah alam yang sangat mencabar sehingga disebut nabi dalam satu senarai orang kenamaan akhirat adalah remaja yang terselamat dan menyelamatkan diri daripada zina.

Fikir-fikirkan.....

Tuesday, October 15, 2013

Gelagat nelayan bila tak dapat balik beraya

Penumpang buka pintu kecemasan pesawat kerana kepanasan


JAKARTA 30 Sept. - Seorang penumpang pesawat milik syarikat penerbangan Lion Air bertindak membuka pintu kecemasan pesawat itu ketika ia sedang bersedia untuk berlepas di landasan sebuah lapangan terbang di Manado, Sulawesi Utara pada Isnin, dengan alasan penyaman udara tidak dingin.

Kejadian berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Sam Ratulangi ketika pesawat berkenaan sedang bersiap sedia untuk berlepas bagi perjalanan Manado-Jakarta pagi ini.Perbuatan penumpang itu menyebabkan juruterbang mengembalikan pesawat ke tempat letaknya, serta menurunkan semua penumpang, lapor portal berita kompas.com pada Isnin.Penumpang berkenaan dilapor bertindak membuka pintu kecemasan kerana bantahan para penumpang mengenai keadaan panas dalam kabin pesawat yang telah mereka dilaporkan kepada pramugari dan juruterbang, tidak ditangani.Waktu berlepas penerbangan itu yang tertunda selama hampir sejam menyebabkan para penumpang tidak tahan berada dalam kabin pesawat itu, dan mereka memohon supaya diturunkan daripada pesawat itu."Kira-kira 30 minit kami histeria dengan suasana itu. Bukannya melayani bantahan kami, juruterbang malah menggerakkan pesawat ke kedudukan take-off (kedudukan bersedia untuk berlepas)," seorang penumpang dilaporkan berkata.Ketika itulah seorang daripada penumpang bertindak membuka pintu kecemasan pesawat.Sehingga pukul 1 petang ini, semua penumpang masih berada di lapangan terbang itu dan mereka tidak dimaklumkan sama ada akan mendapat pesawat ganti atau tidak, lapor portal berita itu. - BERNAMA

Video Remaja Kantoi Lakukan Seks Dalam Semak


Jika sebelum ini ada beberapa video ‘bodoh’ yang dimuatnaik di internet melibatkan remaja kita menjadi viral kerana merayu cinta dan bercium pipi, ini jauh lebih dahsyat lagi.


Seks

Boleh sakit jantung mak bapak dibuatnya kalau tengok. Mana tidaknya, dalam semak berduri penuh pokok mengkuang pun ada pasangan dipercayai masih remaja tergamak buat projek.

Nasib tak baik… mungkin aktiviti tak bermoral ini dah lama diketahui si polan yang merakam video ini maka intipan dan rakaman pun dilakukan.

Jika didengar pada audio di akhir video masa pasangan ini kucar kacir lari, macam dialek pantai timur tapi kami tak beranilah nak sahihkan. Apa kata anda tonton sendiri dan nilaikan.

Apa-apa pun, sebelum tonton sila pandang kiri kanan dulu dan pastikan tak ada budak bawah umur berada berdekatan anda! Sumber: Mynewshub


Monday, October 14, 2013

Kisah Malam Pertama dengan kapal terbang !



Tersebutlah kisah satu pasangan yg baru berkahwin. Sehari sebelum upacara akad nikah…. Emak pengantin lelaki menasihati anaknya… “Nak apabila menghampiri isteri mu pada malam pertama, maka kamu harus kata, “Kapal terbang ingin mendarat””.

Emak pengantin perempuan pula menasihati naknya… “Nak, bila suami mu berkata kapal terbang ingin mendarat, maka jawabnya, “Lapangan terbang sudah sedia””.

Hari yg ditunggu-tunggu pun tiba… Si suami tak sabar-sabar dan pabila malam tiba hatinya berdebar-debar. Dia mendekati si isteri lalu mengatakan “Kapal terbang ingin mendarat” Si isteri seperti tidak faham dan berkata “Saya penat bang …mari kita tidur.”

Si suami hampa, namun dalam hatinya berkata “Tak apa mungkin isteri aku malu….beri dia peluang kedua” Tiba malam kedua… Si suami mendekati si isteri dan bertanya lagi “Kapal terbang ingin mendarat.” Malangnya si isteri masih tidak faham. Kerana suaminya ketika itu memegang surat khabar dalam hatinya berkata.. “Berita apa pula ini.. Ah pedulilah kapal terbang mana nak mendarat pun, tak ada kena mengena dengan saya.”

Kemudian dia berkata kepada si suami “Sudah lah tu bang, janganlah baca surat khabar lagi, mari kita tidur” Si suami hampa lagi… Tetapi dalam hatinya berkata “Tak apalah esok masih ada.” Tiba malam ketiga… Si suami sekali lagi dengan penuh harapan dan begitu pasti malam ini pasti aku dapat. Lalu mendekati si isteri dan bertanya lagi “Kapal terbang ingin mendarat.” Si isteri menjenguk ke arah luar jendela dan menggelengkan kepala sambil dalam hati berkata “Mana ada kapal terbang !!” Melihatkan si isteri menggelengkan kepala …. Si suami hampa dan berkata dalam hati “Kejamnya isteriku, membiarkan aku menunggu selama 3 hari tapi masih enggan memberikannya kepada ku.” Si suami dengan muka yg masam terus tidur tanpa mengajak si isteri.

Keesokan harinya si isteri bertanya kepada ibunya “Ibu kenapa suami saya setiap malam berkata, “kapal terbang ingin mendarat??” Si ibu pun berkata “Apa yg kamu jawab nak ? Si anak berkata “Saya tidak jawab apa-apa” Si ibu berkata lagi “Apa anak sudah lupa apa yg ibu nasihatkan tentang malam pertama, sepatunya anak menjawab “Lapangan Terbang sudah sedia”, sebagai tanda bersetuju” “Oh saya lupa lah ibu….tak apa malam ini saya pasti akan menjawab dengan betul”

Maka tiba malam keempat… si suami seperti tidak menunjukkan apa-apa tanda dia akan bertanya soalan yg sama. Malam kian larut… Si isteri tertanya-tanya bilakah gerangan si suami akan bertanya. Si isteri akhirnya berkata dalam hati “Mengapa harus aku tunggu lagi, apa salahnya aku sendiri meng`offer’ kan diri Lalu si isteri pun mendekati si suami dan terus berkata “Lapangan terbang sudah sedia”,

Si suami kerana terlalu geram dengan si isteri, dengan muka yg masam menjawab “KAPAL TERBANG ROSAK”

Tuesday, October 8, 2013

Predator Buat laporan Polis


Siapakah Disebalik PREDATOR MALAYSIA Ini? 

Gempar sebelum ini mengenai ‘Predator Malaysia’ yang datang ke Balai Polis, kononnya sesetengah spekulasi mengatakan predator sesat bertanyakan jalan dan sebagainya.
Siapakah sebenarnya di sebalik topeng dan pakaian lengkap predator ini?
Jangan terkejut kerana manusia yang bertopengkan predator dan pakaian lengkap predator ini adalah seorang doktor.
Doktor yang lengkap dengan seragam predator yang berharga RM85 ribu ini sebenarnya datang ke balai polis untuk membuat laporan mengenai penjualan sijil sakit (MC) palsu di laman sosial Facebook.
Tetapi mengapa harus memakai pakaian sebegini rupa untuk tampil di balai polis?
(sumber www.rilekslah.net)

P/s: Mahalnya helmet predator ni   RM 85k,, tocang ronaldiho je pun

predator malaysia rilekslah.net
GAMBAR: Doktor Bergaya 'ALA- PREDATOR' Datang Balai Buat Laporan Polis

topeng predator malaysia rilekslah.net


Sunday, October 6, 2013

Kucing yang sopan santun

Bukan Saya Camceng Cip

Kecurian berlaku di Masjid Jamiatus Solahiah, Sungai Tua Baru, Batu Caves

Laju giler menaip

Aeril Zafril & Wawa Zainal Sudah Nikah 4 Februari, Dapat Cahaya Mata 24 Ogos

Sumber : beautifulnara

Memang terkejut sangat-sangat Abang Nara membaca pendedahan ekslusif BiPop hari ini. Mana tidaknya, sebelum ini Aeril Zafril mati-mati menafikan bahawa dirinya dan Wawa Zainal mempunyai sebarang hubungan. Tup-tup BiPop mendedahkan bahawa mereka sudah bernikah 4 Februari lalu dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki pada 24 Ogos.
aeril wawa nikah
Antara pendedahan yang dilakukan ialah Aeril dan Wawa telah mendaftarkan pernikahan mereka di Pejabat Agama Islam Daera Petaling Jaya pada 4 Februari lalu. Seorang bayi lelaki didaftarkan atas nama Ahmad Fakharuddin Attar yang dilahirkan pada 24 Ogos 2013 adalah bayi milik pasangan tersebut. Bayi seberat 3.12 kilogram itu direkodkan dilahirkan di Roopi Medical Centre, Kuala Lumpur pada jam 9.25 pagi.
aeril wawa nikahMengikut siasatan lagi, rekod yang diperoleh di JPN mendapati nama bapa bayi berkenaan bernama Suharil Suhari iaitu nama sebenar Aeril. Data peribadi Aeril yang dilahirkan pada 2 Disember 1988 dan ibunya Nur Hawa Zainal Abidin (nama sebenar Wawa Zainal) yang dilahirkan pada 12 Mac 1992, nyata sama dengan identiti ibu bapa kepada bayi berkenaan.
aerilWawa Zainal mula menghilangkan diri sekitar Februari dan Mac dengan alasan pulang ke kampung untuk berubat penyakit misteri. Tarikh tersebut adalah sekitar tarikh dirinya dan Aeril bernikah. Nama anak mereka (Fakharuddin) diambil daripada nama watak utam filem 99 Kali Rindu yang menggabungkan mereka berdua.
aeril wawaWawa dan Aeril dikatakan telah menyulam cinta sejak 3 tahun yang lalu. Adakah pembongkaran ini membuktikan bahawa Aeril dan Wawa selama ini berbohong? Kalau betul sudah berkahwin, apa salahnya beritahu kepada orang ramai. Jangan bersembunyi dan terus memberikan alasan yang tidak masuk akal. Sama-samalah kita nantikan penjelasan daripada Aeril dan Wawa. Baca artikel ini sepenuhnya untuk membaca pendedahan lengkap yang dikeluarkan menerusi BiPop hari ini.
Desas-desus selama ini yang mengatakan pelakon berlesung pipit, Wawa Zainal dan aktor yang pernah membintangi filem Cinta Kura-Kura dan Budak Pailang, Aeril Zafrel bercinta sering dinafikan 2 pelakon itu. Malam begitu sukar memperoleh kenyataan daripada kedua-duanya untuk membuat pengakuan sebenar bahawa mereka dalam alam pencintaan, di sebaliknya jawapan pernah diberikan ialah mereka cuma berkawan rapat sejak 2011.
Namun, berdasarkan siasatan yang dibuat Bpop sejak ahad lalu, membuktikan pasangan itu sudah berkahwin dan kini memperoleh cahaya mata lelaki yang berusia 6 minggu.
Bpop mengesan nama seorang bayi lelaki yang dikatakan ada bersama Wawa kini adalah anak kandung pasangan berkenaan. Menerusi nama seorang bayi lelaki yang pernah diberitahu kepada Bpop dan satu nama yang pernah dimuatnaik dalam laman sosial IG MiG Online, ianya berkait dengan nama penuh pasangan pelakon itu sebagai ibu bapa seperti mana yang direkodkan dalam Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Siasatan juga mendapati pasangan sama cantik, sama padan menjalinkan hubungan cinta sejak 3 tahun lalu itu sudah bernikah dan mendaftarkan pendaftaran perkahwinan mereka di sebuah pejabat agama daerah di Selangor.
Aeril dan Wawa dikatakan mendaftar pernikahan mereka di pejabat agama Islam daerah Petaling pada 4 Februari lalu. Bpop mendapat maklumat seorang bayi lelaki didaftarkan atas nama Ahmad Fakharuddin Attar yang dilahirkan pada 24 Ogos 2013 adalah bayi milik pasangan berkenaan. Bayi seberat 3.12 kilogram itu direkodkan dilahirkan di Roppi Medical Centre, Jalan Dato Haji Eusoff, Damai Complex, Kuala Lumpur pada 9.25 pagi.
Mengikut siasatan lagi, rekod yang diperoleh di JPN mendapati bapa bayi berkenaan bernama Suhairil Suhari iaitu nama sebenar Aeril. Data peribadi Aeril yang dilahirkan pada 2 Disember 1988 dan ibunya Nur Hawa Zainal Abidil atau nama sebenar Wawa yang dilahirkan pada 12 Mac 1992, nyata sama dengan identiti ibu bapa kepada bayi berkenaan.
Sekaligus, maklumat yang diperoleh itu mengesahkan identiti kedua-dua pelakon filem berkenaan sebagai ibu bapa kepada bayi bernama Ahmad Fakharuddin Attar.
Lebih menarik, nama Ahmad Fakharuddin Attar bukan asing kepada Aeril dan Wawa kerana nama itu diambil semperna nama watak Aeril dalam filem terakhir dibintanginya dalam produksi Metrowealth Pictures Sdn Bhd iaitu filem berjudul 99 Kali Rindu arahan Azhari Zain. Filem yang ditayangkan pada Mei lalu turut menggandingkan Aeril dan Wawa. Selain itu, Aeril juga pernah membawa watak bernama Attar dalam filem 7 Petala Cinta juga terbitan MiG.
Sebelum ini, sudah kerap terdengar gosip mengatakan Wawa dan Aeril dilamun cinta tapi kedua-duanya menafikannya. Malah, Bpop pernah membuat pendedahan mengenai gosip cinta apabila seorang teman rapat yang banyak menabur jasa kepada mereka terlepas cakap mengenai hubungan yang sekian lama terjalin itu. Pendedahan itu disiarkan 28 Julai lalu.
Bagaimanapun, pasangan itu tetap menafikannya. Namun, Wawa dalam kenyataan balas pada 4 Ogos lalu tidak menafikan Aeril adalah teman rapat dan sangat istimewa buat dirinya. 2 pelakon itu dikatakan mula menjalinkan hubungan rapat apabila bergandingan dalam drama bersiri Klik. Bagaimanapun, cinta antara mereka kian bersemi apabila digandingkan dalam filem Budak Pailang dan 99 Kali Rindu.
Wawa mula menghilangkan diri apabila mendakwa dirinya terkena penyakit misteri sekitar Februari dan Mac iaitu dikatakan tarikh dirinya dan Aeril bernikah.
Selepas dinobatkan sebagai pemenang kategori Artis Baru Wanita Popular pada majlis Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH 2012) pada awal April lalu, kelibat Wawa sukar untuk dijejaki media massa apabila dia dikatakan kerap pulang ke kampung halamannya di Lahad Datu, Sabah, untuk tujuan berehat dan berubat. Khabarnya Wawa dikatakan meminta cuti panjang dari syarikat pengurusannya, MiG Talent atas alasan sakit.
Bagaimanapun sebuah stesen radio swasta baru-baru ini mendedahkan kononnya seorang pelakon wanita yang sudah lama menghilangkan diri selamat melahirkan anak dan kini sedang berpantang, kira-kira 2 minggu lalu. Suami pelakon wanita itu dikatakan seorang pelakon yang cukup popular dengan drama TV yang disiarkan pada waktu petang. Berita itu didakwa diperoleh daripada sumber keluarga angkat pelakon lelaki itu.
Aeril apabila ditanya mengenai perkara berkenaan, mengatakan dakwaan itu hanyalah kata-kata tanpa sebarang bukti sahih.
“Jika saya nafi dan komen lebih-lebih, orang memang tidak akan berhenti bercakap. Memang saya tidak berkahwin, saya hanya kahwin dalam drama saja. Sekarang status kami berdua hanyalah sahabat baik dan saling mempercayai antara satu sama lain. Tidak dinafikan dan tipu kalau kata kami tidak berjumpa. Jika dia berada di Kuala Lumpur, kami akan keluar makan bersama, tetapi dia sekarang berada di kampungnya di Sabah kerana sedang berubat.” – Katanya dalam sebuah akhbar pada 2 Oktober lalu.
Aeril juga dalam kenyataannya dilaporkan berkata
“Saya ingin memohon, tolong jangan sebarkan cerita jika tidak ada bukti dan akan memburukkan orang lain. Jika saya kahwin, pasti ada bukti kerana pelbagai perkara harus diselesaikan seperti dokumen, bukan boleh kahwin secara senyap kerana akhirnya orang akan tahu juga. Saya lebih suka sembunyikan hal-hal yang tidak ada kaitan dengan kerja contohnya saya berkawan dengan Wawa. Sejujurnya, saya tidak eprnah sorokpun. Lihat saja di laman sosial saya. Tidak kiralah artis atau orang biasa, bukan semua hal kita akan kongsi dengan semua orang,”
Bpop cuba menghubungi Wawa menerusi telefon tetapi tidak dijawab selain dari tidak membalas kiriman SMS.
Sementara itu, Aeril yang dihubungi Rabu lalu menjawab panggilan telefon penulis, tetapi apabila penulis ingin mula bertanya sesuatu kepadanya, Aeril terus memberitahu dia sedang memandu kereta dan meminta penulis menghubunginya semula. Penulis sempat berpesan supaya jangan pula tidak menjawab panggilan selepas ini lalu dia menjawab “Ok ok,”
Selepas setengah jam penulis cuba menghubunginya semula dan menghantar SMS, Aeril langsung tidak menjawab panggilan telefon atau membalas SMS yang dihantar kepadanya. Beberapa kali panggilan seterusnya juga tidak dijawab. Penulis juga mencuba lagi beberapa menghubungi Aeril pada khamis lalu namun panggilan telefon masih tidak berjawab.


Wednesday, October 2, 2013

Kejadian Ragut yang Kejam di Johor

Berhati2 terutama kepada kaum Hawa apabila berjalan di kawasan yang sunyi, pastikan keadaan sekeliling selamat sebelum melangkah lebih jauh.. Jika dilihat kepada video kejadian ini, mangsa mungkin patah di bahagian lengan akibat sentakan yang terlalu kuat sehingga beliau terjatuh.. Bayangkan kalau kejadian sebegini berlaku ke atas ibu/mak kita... Sila SHARE tanda prihatin anda kepada rakan2 anda yang lain...

Gambar isteri Matyo kutuk dua keping saman JPJ


sumber 


 Rabu, 2 Oktober 2013

Gambar isteri Matyo kutuk dua keping saman JPJ - Selepas kontroversi memaki hamun pengawal keselamatan Lapangan Terbang Skypark Subang semakin reda, isteri Matyo kembali menggegar laman maya apabila tersebarnya sekeping gambar yang mengandungi kutukan kepada pihak polis.

Tindakan itu timbul setelah Siti Aisya Adam menerima dua saman serentak dari JPJ. Dia menyatakan perasaan tidak puas hati dengan mempamerkan sekeping notis di hadapan keretanya berbunyi penghinaan kepada pihak berkuasa.

Maafkan Papa Fatien Afiqah




Rasa nak bagi penampar je kat budak ni  !!.. TUnggulah Parody ko keluar non oii..

Bapa Hempas Anak Ke Lantai Kerana Game

| Hanya kerana online game, seorang bapa tergamak menghempas anak lelakinya berusia enam tahun ke lantai selain membelasahnya hanya kerana anaknya itu tertutup permainan dalam talian yang dimuat turun dalam tablet milik lelaki itu di rumah mereka di Selayang, kelmarin.

Bapa Hempas Anak Ke Lantai Kerana Game
Gambar Hiasan
Malah, isterinya yang cuba menghalang perbuatan kejam suaminya turut menerima tempias apabila dihambur dengan kata-kata kesat selain turut dibelasah menyebabkan anak beranak itu cedera di kepala dan lebam seluruh badan.

Menurut sumber, lelaki berusia 40-an itu meninggalkan rumah kira-kira jam 5 petang dengan tablet yang terpasang. Sebaik pulang semula ke rumah jam 6.30 petang, lelaki itu melihat anaknya sedang bermain dengan tablet berkenaan.

Dia bertambah marah apabila anak tunggalnya itu menutup permainan dalam talian yang sedang dimuat turun menyebabkan lelaki itu mengamuk.

Sumber berkata, suspek yang bagaikan dirasuk bertindak ganas dengan menampar dan mengangkat anaknya itu sebelum menghempasnya menyebabkan kanak-kanak itu meraung kesakitan.

“Isterinya yang cuba menghalang perbuatan suaminya dan meminta lelaki itu bertenang, namun gagal apabila suspek turut memukul isterinya beberapa minit.

“Tidak cukup dengan itu, dia yang gagal mengawal kemarahan turut menendang kipas angin sehingga rosak sebelum cuba memijak anaknya, namun berjaya diselamatkan isterinya,” katanya.

Menurut sumber, selepas puas membelasah anak beranak itu, suspek terus keluar dari rumah dan akibat kejadian itu mangsa cedera di kepala dan lebam seluruh badan.

Isteri mangsa berusia 38 tahun membuat laporan di Balai Polis Selayang kelmarin.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Abdul Rahim mengesahkan menerima laporan dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Nelayan Mangsa Ke Empat Keracunan Makanan di Sg Petani


Nelayan Mangsa Ke Empat Keracunan Makanan di Sg Petani | Seorang lagi mangsa keracunan disahkan meninggal dunia jam 7.15 malam tadi di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani menjadikan mangsa keempat meninggal dunia akibat kejadian itu.

Nelayan Mangsa Ke Empat Keracunan Makanan di Sg Petani

Nelayan tersebut, Wan Razali Wan Yaacob, 56, dari Kampung Banggol, Belau, Merbok dikatakan mula berasa sakit pada jam 4 pagi Ahad lalu selepas menghadiri majlis kenduri kahwin di rumah kawannya jam 6 petang hari sebelumnya.

Menurut kata adik mangsa, Roslinda Ibrahim, 35, pada mulanya keluarga menjangkakan ia hanya sakit perut biasa dan tidak menyangka akan membawa mudarat.

“Abang dibawa ke hospital jam 4 petang Ahad setelah mendapati keadaannya yang agak serius, ketika itu kami belum tahu dia sakit akibat dari makanan itu kerana belum ramai yang dikesan,” katanya kepada wartawan.

Tambah Roslinda lagi,  keadaan abangnya semakin teruk apabila dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital sama.

“Ketika itu doktor mengesahkan organ dalaman termasuk buah pinggang, hati dan paru-paru sudah mengalami kesan akibat jangkitan bakteria yang merebak dengan cepat,” katanya.

Selepas itu, keluarga beliau dimaklumkan doktor bahawa keadaan jantung mangsa semakin lemah dan tekanan darah pula tidak stabil sehinggalah Wan Razali disahkan meninggal dunia jam 7.15 malam tadi.

Menurut Roslinda lagi, abangnya turut mempunyai majlis kenduri di lokasi lain pada hari kejadian menyebabkan dia agak terlewat ke rumah kawannya itu di Kampung Huma pada lewat petang.

Mr Bean Peluk Islam?

Gempar - Betul Ke Mr Bean Masuk Islam? | Agak mengejutkan apabila terbaca artikel yang ringkas ini...sebuah laman web telah melaporkan yang Mr Bean atau nama sebenarnya Rowan Atkinson telah memeluk agama Islam. Ikuti keterangan yang mendakwa Mr Bean telah masuk Islam dibawah...

Gempar - Betul Ke Mr Bean Masuk Islam?

"sungguh mengejutkan berita ini... berita daripada sumber laman web anti-israel menyebut pelakon Mr Bean, Rowan Atkinson telah memeluk islam. tiada official pengumuman daripada laman web yang boleh dipercayai setakat ini.

sama2 kita tunggu....... kita sama2 doakan semoga berita ini benar....tunggu pengumuman dari diri dia sendiri atau dari laman web yang lain.. sama2 kita tunggu.."
Menerusi laman web yang lain juga, terdapat beberapa berita mengenai Mr Bean masuk Islam....apapun kita tunggu berita/pengesahan yang rasmi nanti - [Terrible auto-translation warning]

16:20 فلسطينيو 48/ وكالات
تناقلت شبكات اخبارية على موقع التواصل الاجتماعي، وغيرها من المواقع الالكترونية صباح اليوم نبأ اعلان اسلام الفنان الكوميدي العالمي روان أتكينسون الشهير بـ “مستر بن” .
وفاجأ الفنان الكوميدي المشهور “مستر بين” الوسط العالمي والفني بإعلانه الدخول في الدين الاسلامي.
ونقل موقع “صدى بلادي” قولا لمستر بن يوضح من خلاله ان الفيلم المسيء للنبي -عليه السلام- كان سببا رئيسيا في اكتشافه لمعلم هذا الدين الحنيف، و لم يرد مستر بين التصريح للقنوات الإعلامية بذلك، اذ اكتفى برفع إصبعه بالشهادة.
وذكر بعض المصادر المهتمة وفق الموقع، أن الشيخ راشد الغنوشي راسل باسمه واسم حركة النهضة برقية تهنئة لهذا الفنان القدير مهنئين، داعياً إياه بالثبات على طريق الحق، في انتظار إرسال بعثة رسمية لتهنئته.
ويشير الموقع أن علاقة الشيخ راشد بـ”مستر بين” هي علاقة قديمة أيام كان في لندن. ولطالما كان الشيخ له خير ناصح.
ويمتاز هذا الفنان الاسطوري بموهبة لا يمتلكها اي فنان على قيد الحياة، الكوميديا الصامتة هي ملعبه الاول الذي لا ينافسه اي فنان فيها ابدا , انطلاقته كانت في المسرح وابدع في مئات الشخصيات المتنوعة لكن الجمهور لازال يطالبه بالعودة لشخصيته الفريدة (مستر بين).

Arab and international The king of silent comedy” Mr Bean” announced his conversion to Islam News networks picked up on the social networking site, and other websites morning news announcement Global Islam comedian Rowan Atkinson’s famous “Mr Bean”.

And surprised the comedian famous “Mr Bean” middle and artistic world by announcing entry in the Islamic religion.

And the relocation of “echo my” word Mr Bean shows from which the film was offensive to the Prophet – peace be upon him – was a major reason for the discovery of a teacher this true religion, and did not want Mr Bean authorizing the channels of information so, as it could only raise his finger testimony.

According to some sources, interested according to the site, Sheikh Rashid Ghannouchi Contact the name and the name of the Nahda Movement congratulatory telegram for this artist Qadeer congratulating, calling him stable on the road to the right, waiting to send an official mission to congratulate him.

The site indicates that Sheikh Rashid relationship with “Mr Bean” is related to ancient days was in London. Sheikh has long been a good mentor.

The advantage of this artist’s legendary talent does not possess any artist alive, comedy silent is the home first which is not rivaled by any artist where ever, its launch was in the theater and excelled in hundreds of figures varied but the public is still asking him to return to his unique (Mr Bean).